Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta semu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah
hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku
padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku
menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi kepada-Mu.
Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun
dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah
bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela
syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu. (As-Syahid Syed Qutb).

No comments:
Post a Comment